Asajaya, 3 Jun 2022
YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengadakan lawatan tapak di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya pagi ini. Beliau dan rombongan JBPM juga telah diberikan taklimat yang disampaikan oleh Encik Putera, Pegawai Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Wilayah 6. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat.