Unit Udara JBPM yang berpangkalan di Miri menjalankan operasi membawa vaksin jenis (Pfizer) Unit Udara – Miri, 22 September 2021
Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berpangkalan di Miri menjalankan operasi membawa vaksin jenis (Pfizer) dari Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Sabah ke Pusat Farmasi Bahagian Miri dan Pusat Farmasi Bahagian Sibu, Sarawak dengan menggunakan pesawat jenis Mi17i.Vaksin ini adalah bagi kegunaan vaksinasi golongan yang berusia 12 hingga 15 tahun di negeri ini yang dijangkakan akan bermula pada masa yang terdekat.