
maj1 
maj9 
maj8 
maj7 
maj6 
maj5 
maj4 
maj3 
maj2 
maj16 
maj15 
maj14 
maj13 
maj12 
maj11 
maj10
KUCHING, 13 April 2023
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak bersama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) telah berkolaborasi bagi mengadakan Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 bertempat di Bazaar Ramadhan, Stutong hari ini.
Dalam program tersebut, telah diadakan pameran kebombaan dan demonstrasi pemadaman api dapur daripada Icon Celik S.U.R.I. serta pengagihan Bubur Lambuk oleh YB Timbalan Premier Sarawak.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YBhg. Dato Wee Hong Seng, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan dan PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Jurukamera
PB Muhammad Luqmanul Hakim Jasni
PB Jonathan Hilbert Juah
PB Anif Hanafi Adenan
PB Mohd Arbi
