tim4 tim9 tim8 tim7 tim6 tim5 tim3 tim2 tim15 tim14 tim13 tim12 tim11 tim10 tim1
Kuching, 11 Mac 2023
YAB Dato Sri Haji Fadillah bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Komoditi Merangkap Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Bomba Komuniti Petra Jaya pagi ini.
Tedahulu dalam ucapannya, beliau berharap lebih ramai golongan muda terlibat dalam aktiviti kesukarelawan seperti ini. Beliau turut memuji JBPM dalam menarik masyarakat untuk lebih dekat dengan pasukan penyelamat.
Dalam majlis tersebut juga, beliau turut menyerahkan Sijil Keahlian Bomba Komuniti, Sijil Teman Pili Bomba serta melawat pameran jabatan kerajaan dan swasta.
Turut diadakan adalah Pertandingan Mewarna Kelab Keselamatan Kanak Kanak (3K) dan program derma darah.
Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YDH Supt Merbin anak Lisa, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Zon Kuching.