Sibu, 4 November 2023 – Lawatan Kerja Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu.

YAS Dato’ Sri Abdul Wahab bin Hj Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama isteri, YBhg. Datin Sri Nor Latifah binti Jaafar, Yang Dipertua PERISMA Kebangsaan mengadakan Lawatan Kerja Rasmi di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu hari ini.

Ketibaan beliau telah disambut oleh PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak.

Turut sama menyambut rombongan Ketua Pengarah tersebut ialah YB Datuk Micheal Tiang Ming Tee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak merangkap ADUN N 54 Palawan, PgKB I Ts. Andy anak Alie, Ketua Zon Sibu, PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon Bintulu, dan TPgB II Abdul Mutalif bin Ja’afar, Ketua BBP Sungai Merah.

kredit Pejabat Zon Sibu

English EN Malay MS
Skip to content