








Limbang, 19 April 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah melaksanakan sesi libat urus ke Persatuan Bomba Sukarela (PBS) KABIMA, PBS Bakti Gabungan, PBS Kpg. Pangkalan Madang & PBS Kpg. Seberang Kedai.
Tujuan sesi libat urus adalah untuk menyantuni ahli PBS dan berkongsi halatuju perancangan JBPM & kolaborasi program kebombaan yang akan dilaksanakan bersama JBPM Negeri Sarawak.
Selain itu, YS Pengarah berkesempatan memeriksa peralatan kebombaan PBS & mendengar permasalahan yang timbul seterusnya memberi cadangan penyelesaian kepada ahli jawatankuasa PBS. Aktiviti berjalan dengan lancar dan Objektif tercapai.
Hadir sama ialah PgB Ramlan bin Marajan, Ketua Bomba Zon Limbang.