kes5 kes4 kes3 kes2 kes1
Bintulu – 7 September 2023 (Latihan Keselamatan Kebakaran)
BINTULU, 7 September 2023 – Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak, Bahagian Bintulu dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, Bahagian Bintulu telah mengadakan sesi Latihan Keselamatan Kebakaran pada hari ini bertempat di Pejabat Imigresen Bahagian Bintulu.
Sesi tersebut yang dihadiri seramai 35 orang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak Bahagian Bintulu pelbagai pangkat memberikan pendedahan kepada para pegawai berkaitan penggunaan alat pemadam api dan pengendalian situasi semasa kebakaran berlaku.