




KUCHING, 13 Jun 2025
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada barisan kepimpinan tertinggi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak yang diketuai oleh YS PKPJB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan strategik antara Kementerian dan JBPM dalam usaha mempertingkat aspek keselamatan dan perlindungan terhadap kumpulan sasar KPWKM.
Hadir sama ialah YBhg Datuk Dr. Maziah Che Yusoff Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, YBhg Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, PgKB I Alimaddia Bukri, PP Operasi, PgKB I Ahmad Nizam Sapaiee, PP BKK, PgKB I Hassan Yahya, PP BPK dan PgKB I Janggan Muling, Ketua Zon Kuching.
UPA