mix7 mix9 mix8 mix5 mix4 mix3 mix2 mix1
Bahagian Operasi Kebombaan & Penyelamat, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah menghantar 3 pasukan bagi kategori Mix Gender (Government Department/Agency) dalam Serian Rafting Challenge Festival anjuran Majlis Daerah Serian yg telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Richard Riot ak Jaem, Ahli Parlimen P.199 Serian. Turut menyertai pertandingan tersebut Penolong Pengarah, Bahagian Operasi Kebombaan & Penyelamat, PgKB I Henderi bin Ardimansyah. Pertandingan tersebut memerlukan peserta mengayuh rakit buluh sepanjang 25 km bermula dari starting point (Kg Temu Mawang) hingga ke finishing point (Kg Tebakang Dayak)