



Kuching, 10 Mei 2025
Pasukan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) JBPM Negeri Sarawak terlibat sebagai Pempamer dan Marshall sempena SIBG 2025 di Kuching selama 3 hari. Turut terlibat ialah Pasukan Emergency Medical Rescue Services yang berperanan sebagai pasukan medic dengan menggunakan jentera EMRS.
VIP Ride pada hari kedua telah diketuai oleh YB Dato Dr Haji Hazlan bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Sarawak merangkap ADUN N5 Demak Laut.
Program selama 3 hari ini turut melibatkan kelab motosikal dari Brunei, Indonesia dan India dianjurkan oleh Borneo Big Bike Club yang merupakan kelab bermotosikal terbesar di Borneo.
Majlis Makan Malam dan penutupan pada malam ini melibatkan kehadiran YB Dato Dr Haji Hazlan bin Abang Hipni, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Sarawak merangkap ADUN N5 Demak Laut dan YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak.