









Kuching, 21 Mac 2025
Program tersebut telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di BBP Tabuan Jaya dengan kerjasama Pejabat P193 Santubong, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Persatuan Suri dan Wanita Bomba Penyelamat Negeri Sarawak (PERISMA) serta JBPM Negeri Sarawak.
YB Menteri telah berbesar hati memilih JBPM Negeri Sarawak untuk pelaksanaan program pada kali ini.
Selain agihan bubur asyura kepada komuniti sekitar, YB Menteri turut menyampaikan sumbangan ramadan sebanyak 160 set kepada penerima yang layak termasuk penduduk kampung, PDRM dan BOMBA.
Turut hadir adalah YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, En. Awang Dulhadi bin Awang Mat, Pengarah YADIM Sarawak, Puan Ediawati binti Apen, Pegawai Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Cawangan Negeri Sarawak, Tn. Sofhi bin Hj. Jebal, Pegawai Daerah Kuching serta Puan Azizah binti Hj. Salim, Setiausaha PERISMA.