PROGRAM PENYERAHAN ALAT PEMADAM API DARIPADA PENGHULU DATO PUI CHOW HIN DAN SUPP BATU LINTANG YOUTH – Kuching, 11/06/2022
Satu majlis ringkas penyerahan Alat Pemadam Api kepada BBP Tabuan Jaya telah diadakan pagi ini. Penghulu Dato Pui Chow Hin, secara peribadi berbesar hati telah menyumbangkan 10 unit (9kg) Alat Pemadam Api jenis debu kering. Ianya sebagai tanda sokong secara peribadi beliau serta pihak SUPP Batu Lintang Youth bagi program kempen keselamatan kebakaran kepada komuniti setempat. PEGAWAI TERLIBAT (1. TPgB II Mohamad bin Meramit, 2. PBK II Annuar bin Mantali, 3. Anggota pasukan Bravo / TETAMU 1. Dato Pui Chow Hin, Penghulu Tabuan Jaya, 2. Giam Ann Kee, Penghulu Sungai Maong , 3. Lim Swee Chiaw, Cr MBKS, 4. Freda Chai, Kapitan Sungai Maong, 5. Liew Leong Yee, Youth Chief Supp Batu Lintang, 6. Terrance Lau, Deputy Youth Chief Supp Batu Lintang)