PROGRAM ONE STOP CENTRE (AADK) DAN KOSPEN PLUS (PKB) TAHUN 2023 Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei

BBP Sarikei. 07 Mac 2023 @ Selasa

Mengadakan PROGRAM ONE STOP CENTRE (AADK) DAN KOSPEN PLUS (PKB) TAHUN 2023 Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei. Program tersebut adalah  kerjasama bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Sarikei (AADK) dan Agensi Pejabat Kesihatan Bahagian Sarikei (PKB). Kehadiran Tn Grey ak Songes bersama anggota dr AADK Sarikei dan Dr Quarratu Aini bt Drahman bersama 5 anggota dari agensi PKB Sarikei. Aktiviti dimulakan dengan taklimat berkaitan kesan penyalah gunaan dadah  oleh AADK dan seterusnya taklimat intervensi kesihatan oleh PKB Sarikei.  Seramai 37 anggota balai telah hadir menjalani Saringan Air Kencing dan Saringan Pemeriksaan Kesihatan diadakan di ruangan Bilik Jentera. Diakhir aktiviti majlis ringkas penyampaian sijil penghargaan ,cenderahati kepada agensi jemputan yang telah hadir dalam program berkenaan. Aktiviti berjalan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

English EN Malay MS
Skip to content