BBP Sarikei, 06 MEI 2023@ Sabtu, 08000 pagi : Program Latihan Penerapan Kesedaran Kebakaran I’Suri BBP Sarikei 2023
Penganjuran Program Latihan Penerapan Kesedaran Kebakaran I’Suri BBP Sarikei 2023 telah diadakan di BBP Sarikei. Seramai 20 Peserta yang terdiri daripada semua wanita telah hadir dalam program latihan tersebut. Pengisian Aktiviti dengan pndaftaran peserta dan seterusnya telah diadakan penerangan berkaitan Pencegahan Kebakaran , Tatacara Pengendalian Kebakaran Dapur, Pengenalan Alat Pemadam Api dan Tindakan Rawatan Awal yang telah dikongsi kepada semua peserta yang telah dikendalikan oleh jurulatih balai yang telah dilantik. Di akhir aktiviti telah diadakan Majlis Ringkas Penutupan Program Latihan. Kehadiran Ketua Balai Bintangor PPgB Nicholas bin Belulin dan Wakil Ketua Zon 4 , PPgB Zian Azizi bin Yusuf telah hadir dalam majlis penutupan berkenaan. Sebagai Penghargaan kepada peserta yang hadir, Penyerahan Smoke Detector dan sijil kepada semua peserta yang disampaikan oleh Wakil Ketua Zon 4. Acara Memotong kek sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2023 juga telah diadakan bagi mengakhiri Majlis tersebut. Program berjalan dengan lancar dan tiada sebarang insiden yang tidak diingin berlaku semasa program dilaksanakan.