




























Bintulu, 9 Disember 2024
YB Dato Majang anak Renggi, ADUN N.70 Samalaju merasmikan Penutupan Program Komuniti Selamat Bintulu yang diadakan di Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu pada petang tadi yang turut dihadiri oleh PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.
Program yang dijalankan selama 2 hari bermula 8 Disember 2024 tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Zon 5 JBPM Negeri Sarawak dengan kerjasama Bintulu Port Holding Berhad (BPHB) dan Petronas Carigali Sdn. Bhd.
Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan ialah Ceramah serta Praktikal – Bomba Komuniti, Kebombaan, Celik SURI, Kelab Bomba Celik (KBoC) dan Alat Pemadam Api. Manakala, Penyampaian Sijil Teman Pili Bomba dan Sijil Hero Bomba pula diadakan semasa majlis perasmian program.
Sebanyak 309 Alat Pemadam Api masing-masing sumbangan daripada BPHB, Petronas dan JBPM telah diberikan kepada pemduduk Kampung Penan Muslim Batu 10 pada program yang telah berlangsung dengan jayanya pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang..