PROGRAM KESEDARAN AUTISME KOLABORASI JBPM NEGERI SARAWAK DAN KUCHING AUTISME ASSOCIATION

Kuching, 28 Ogos 2023

Seramai 20 orang pegawai dan anggota telah menyertai ceramah Kesedaran Autisme daripada Kuching Autisme Association (KKA) di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang.

Program ini turut melibatkan lawatan daripada pelajar-pelajar KAA selama 2 hari.

Antara objektif ceramah adalah untuk memastikan pihak bomba dapat menjalankan tugas-tugas penyelamat terhadap golongan autisme sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Turut hadir ialah Puan Chyntia Jee, Naib Presiden KAA merangkap Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Persatuan Autisme Kuching.

ms_MYMalay