Program Kelab 3K yang diadakan pada 17 November 2023 bertempat di SK Bario

PROGRAM KELAB 3K & CELIK SURI SEMPENA PROGRAM KITA SELAMAT

Bario, 18 November 2023

Program Kelab 3K yang diadakan pada 17 November 2023 bertempat di SK Bario anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Sarawak bersama rakan kolabrasi Petronas telah berjaya diadakan dengan penglibatan peserta kanak-kanak berumur 4 sehingga 6 tahun seramai 24 orang terdiri dari 2 buah sekolah iaitu Prasekolah SK Bario dan Tadika Kemas Bario. Seramai 69 orang termasuk guru dan ibu bapa telah hadir.

Diantara aktiviti-aktiviti yg telah dijalankan adalah Cara menyelamatkan diri keluar daripada bangunan,cara menyelamatkan diri dengan kaedah stop,drop & roll,pertandingan mewarna dan juga demo alat pemadam api kepada guru-guru dan ibu bapa. Hadiah telah disediakan kepada pemenang untuk pertandingan mewarna daripada Nombor 1 hingga lah kepada hadiah saguhati kepada kanak-kanak.

Manakala di sebelah petang Program Celik Suri telah dijalankan dan telah dihadiri oleh 10 orang wanita yang datang daripada 7 buah kampung iaitu Kampung Bario Asal,Kg Arur Layun,Kg Arur Dalan, Kg Baru, Kg Padang Pasir, Kg Ulung Palang dan Kg Pa Ukat. Diantara aktiviti yang telah dijalankan ialah ceramah berkenaan Good Housekeping, Demo Alat Pemadam Api dan demo Api Dapur.

Majlis penutupan Program Kelab 3K & Celik Suri Sempena Program Kita Selamat Tahun 2023 kali ke 10 telah dirasmikan oleh YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak. Hadir sama ialah Encik Anuar bin Ismail, Pengurus Besar Kanan, Petronas Carigali Sdn. Bhd. – Sarawak Asset PgKB IIsmaidi Bin Hj Ismail Ketua Zon 6 Miri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.

kredit Pejabat Zon 6 SK

English EN Malay MS
Skip to content