









Limbang, 18 April 2025
Program Jalinan Mesra Ramah Tamah Aidilfitri bagi Tahun 2025 Peringkat Zon Limbang. Program dianjurkan bersama oleh Pejabat Zon 7, BBP Limbang, BBP Lawas, PERISMA BBP Lawas & Lawas serta PBS sekitar Limbang.
Program telah disempurnakan oleh YS PKPjB Jamri Bin Masran Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Antara pengisian program ialah Pertunjukan Bunga Api, pertandingan karaoke, Pertandingan Gerai Terbaik, Pertandingan Memasak, sumbangan duit raya, Cabutan Bertuah & Pelancaran Limbang Fire Fighter Run 3.0 bagi Tahun 2025.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah PgB Ramlan bin Marajan (Ketua Zon 7 JBPM Sarawak), Encik Sulaiman bin Engal (Pegawai Daerah Limbang), Tuan Usman Mala ( Pengarah Penjara Limbang), Ts Mahathir bin Jokni (Jurutera JKR Bahagian Limbang), PPgB Clarance D Primus Tiandun ( Ketua BBP Lawas), Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai2 Kanan JBPM, Rakan2 Strategik Bomba Limbang, Pengerusi-Pengerusi PBS, Pesara Bomba, Prisma & Keluarga Bomba Zon Limbang.
UPA