PROGRAM ASPIRASI PROGRAM INSPIRASI QASEH RAMADAN YaPEIM 1443H BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK – Kuching, 13 April 2022
Sesi Program Aspirasi Inspirasi Qaseh Ramadan Yayasan Pengguna Ekonomi Islam (YaPEIM) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak telah diadakan pada petang ini di lobi JBPM Negeri Sarawak. Pada majlis ringkas tersebut, YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, JBPM Negeri Sarawak telah menerima kunjungan daripada YBhg Tuan Fadlie bin Zamuri Pengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Sarawak dan telah menyampaikan 100 bungkusan makanan ‘ready to eat’. Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi.
qa6 qa5 qa4 qa3 qa2 qa1