Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Peringkat Zon 2 JBPM Negeri Sarawak Tahun 2024 | Siburan, 22 Januari 2024

Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Peringkat Zon 2 JBPM Negeri Sarawak Tahun 2024 | Siburan, 22 Januari 2024

BBP Siburan telah menjadi lokasi pertama perlaksanaan Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Zon JBPM Sarawak dengan penglibatan daripada 5 buah balai. Pertandingan dimulakan seawal jam 9 pagi setelah pemeriksaan peralatan dilakukan. Faktor keselamatan amat dititikberatkan agar peserta yang terlibat terhindar dari sebarang kecederaan. Pertandingan ini berobjektif untuk menilai tahap kepantasan, kemahiran dan kesiapsiagaan pegawai di balai. Pertandingan dan Majlis Penangguhan Pertandingan Kawad Kecekapan Peringkat Zon 2 telah dihadiri oleh PgKB II Unjar anak Lum, Ketua Zon 2 dan PgB Wilfred Epin, wakil Penolong Pengarah Latihan Negeri bagi menyemarakkan semangat para peserta. Pertandingan Kawad Kecekapan ini bakal dilaksanakan di kesemua Zon JBPM Negeri Sarawak.

kredit Bahagian Latihan Negeri

English EN Malay MS
Skip to content