


Kuching, 17 MEI 2025
Satu pasukan seramai 10 orang pegawai daripada JBPM Sarawak telah membawa nama jabatan ke pertandingan yang telah berlangsung secara liga di Dewan Segong, Bau.
Pasukan JBPM Negeri Sarawak telah melangkah ke peringkat akhir pertandingan di mana telah dipertemukan bersama pasukan Kelab Bola Tampar Santubong. Pasukan JBPM Negeri Sarawak telah dinobatkan selaku Naib Juara setelah tewas dalam perjuangan di peringkat akhir.
Pertandingan telah disertai oleh pasukan-pasukan daripada polis, askar dan jabatan kesihatan Sarawak.