Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Amat Kassim Pait, Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Sarawak

KUNJUNGAN HORMAT

Kuching, 15 Mac 2024

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada Tuan Haji Amat Kassim Pait, Pengarah Negeri Lembaga Tabung Haji Sarawak bertempat di pejabatnya pagi tadi.

Antara perkara yang dibincangkan adalah menjalin kerjasama antara kedua-dua agensi tersebut dan pihak Tabung Haji turut memperkenalkan produk terbarunya.

Hadir sama ialah Tuan Haji Madehi bin Mahdan, Ketua Pemasaran Negeri Tabung Haji Sarawak.

English EN Malay MS
Skip to content