Pejabat Zon 3 Sarawak dan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman telah mengadakan Kempen Keselamatan Kebakaran Tahun Baru Cina 2024

𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗖𝗜𝗡𝗔 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗭𝗢𝗡 𝟯 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗪𝗔𝗞 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗜 𝗕𝗢𝗠𝗕𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗦𝗥𝗜 𝗔𝗠𝗔𝗡 Sri Aman, 08 Februari 2024

Pejabat Zon 3 Sarawak dan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman telah mengadakan Kempen Keselamatan Kebakaran Tahun Baru Cina 2024. Perlaksanaan Kempen bermula pada 05 Februari melalui pengedaran broucher dan walkabout kedai-kedai sekitar Bandar Sri Aman. Selain itu juga, perlaksanaan Kempen juga dilaksanakan dengan mengunjungi Ketua Jabatan dan Ketua Masyarakat Cina di Bandar Sri Aman. PgB Muhammad Rais Adham Bin Rosalan, Ketua Zon 3 Sarawak bersama PPgB Andrew A/L Vengitasamy serta PBK I Tony Bin Morni telah melaksanakan dan menjayakan kempen ini. Turut sama menjayakan program ini ialah Pemanca Lee Siong Hua, Temenggung Kueh Aik Seng, Penghulu Tiong Chong Onn, Penghulu Kang Tai Kong, Kapitan Tay Siaw Chuan, Kapitan Sii Tong Kwang, Kaunselor Wong Yii Hong dan Kaunselor Jacylin Goh. Warga kerja Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2024 kepada semua komuniti Cina yang menyambutnya.

English EN Malay MS
Skip to content