Marudi, 27 Januari 2022
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Marudi membuat pemantauan di sekitar Marudi selepas kenaikan air di beberapa kawasan tersebut. Pihak Bomba dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi kenaikan air ini. Orang awam adalah dinasihatkan untuk menghubungi talian kecemasan 999 atau talian Balai Bomba dan Penyelamat Marudi 085-755189 sekiranya terdapat sebarang kecemasan.