Kuching, 5 Oktober 2021
YS PKPjB Khirudin bin Drahman Pengarah JBPM Negeri Sarawak hadir ke operasi mencari dan menyelamat bot karam Satang 2 hari ke 5 pagi ini.
Beliau bersama pasukan dari Unit Udara Bomba membuat pemantauan dan pencarian dari udara menggunakan pesawat Mi-171 (M994-04) milik jabatan yang diterbangkan oleh Captain PgKB I Sofian Ahmed. Jangkauan pencarian melibatkan 228.23 SQNM dengan teknik pencarian parallel ketinggian 800 kaki dengan kelajuan 80 knot.
op1 op2 op3 op4 op5 op6