BOMBA SARAWAK DAN JKM SARAWAK BANTU HANTAR MAKANAN KE KAWASAN TERJEJAS BANJIR | Bintulu, 21 Januari 2024
Pesawat Mi-171 Callsign Bomba 05 yang diterbangkan oleh PgKB I Sofian Ahmed @ Ibrahim bantu menghantar makanan ke kawasan terjejas banjir di kawasan Tatau hari ini. Menurut PgKB II Wan Kamaruddin Wan Ahmad, Ketua Bomba Zon Bintulu, kawasan tersebut tidak dapat dilalui jalan darat dan air (dihalang oleh jambatan yang hampir tenggelam). Penerbangan sebanyak 3 sortie tersebut membawa muatan bantuan makanan seberat 3974 kg, walaubagaimanapun berjeya dijalankan sebanyak 1 sortie sahaja memandangkan hujan dan cuaca yang tidak mengizinkan. Turut bersama adalah pegawai dari JKM Sarawak. Penghantaran akan diteruskan esok.
kredit Bomba Bintulu