Majlis Ringkas Penyerahan Sijil Kursus Fire Prevention & SafetyKuching, 2 Ogos 2021
Majlis Ringkas Penyerahan Sijil Kursus Fire Prevention & Safety telah diadakan pada pagi ini dengan dihadiri oleh TPgB Latif bin Iring yang mewakili Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran. Turut hadir ialah Tuan Herman bin Basri, Pegawai Eksekutif PPKS dan PPgB Zainudin bin Ngatdemon.Kursus yang diadakan selama 3 hari pada 26,27 dan 28 Julai 2021 untuk 22 orang pelajar lepasan universiti yang belum berkerja mengikuti Kursus Certificate In Safety & Health Officer ( CiSHO ) telah diadakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) Jalan Canna, Jalan Wan Alwi, Tabuan Jaya, Kuching.