Majlis Ringkas Penyerahan Bendera Bomba kepada Pasukan Regatta Sarawak 2023 bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat Bomba Sarawak

MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN BENDERA BOMBA KEPADA PASUKAN BOMBA REGATTA SARAWAK 2023

YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah Bomba Sarawak telah menyempurnakan Majlis Ringkas Penyerahan Bendera Bomba kepada Pasukan Regatta Sarawak 2023 bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat Bomba Sarawak petang ini.

Pasukan ini akan menyertai Pertandingan Perahu Kenyalang 20 Pekayuh yang dijadualkan pada 5 November 2023. Hadir sama ialah PgKB I Henderi Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi dan PgKB I Ahmad Nizam Sapaaie, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran.

English EN Malay MS
Skip to content