BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BELAGA BEROPERASI HARI INI
Belaga, 1 April 2021
Majlis Ringkas Penyerahan Balai Bomba dan Penyelamat Belaga telah disempurnakan oleh YS PKPjB Khirudin bin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak pagi ini.Dalam majlis ringkas tersebut, YS Pengarah telah menerima kunci daripada wakil JKR.Terdahulu, dalam ucapannya, beliau memberitahu bahawa ia adalah balai bomba yang ke 35 di negeri ini. Balai Bomba ini akan menggunakan aset Fire Rescue Vehicle, Lori Utiliti dan Bot Penyelamat.Turut hadir dalam majlis ringkas tersebut ialah Ketua Polis Daerah Belaga dan Pegawai Daerah Belaga.