. . . .
19 April 2024 (Jumaat)
Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kuarters Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu.
Buat julung kalinya, penghuni kuarters BBP Sungai Merah telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri yang telah diadakan di perkarangan 4 Blok Kuarters Bomba Sungai Merah.Majlis telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, Tuan Christopher Ranggau Anak Unting, Timbalan Residen Bahagian Sibu.Turut hadir ialah PgKB I Ts. Andy Anak Alie, Ketua Zon 4 Sibu, Encik Fairul Azli B. Banchit,Pengurus Wilayah Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dan Kaunselor Simon Ling Wang Ngie.
Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh PBK II (KUP) Zinurain dan seterusnya Ucapan alu-aluan TPgB II Abdul Mutalif B. Ja’afar, Ketua Balai BBP Sg. Merah merangkap Pengerusi Kuarters BBP Sg Merah & Pengerusi Penganjur majlis.
Seterusnya majlis diteruskan dengan acara pemberian duit raya kepada anak-anak pegawai dan penghuni kuarters sebelum tetamu dijamukan dengan pelbagai hidangan yang telah disediakan di semua 3 blok kuarters iaitu Blok Aup, Blok 5, Blok Assek dan Block Penyau.
Seramai 210 orang telah menghadiri majlis ramah tamah ini.