Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Gawai 2024 Bomba SarawakMajlis Perhimpunan Bulanan Dan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Gawai 2024 Bomba SarawakKuching, 29 Mei 2024Majlis tersebut telah diadakan disempurnakan oleh PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah Bomba Sarawak bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat Bomba Sarawak pagi tadi.Terdahulu dalam ucapannya, beliau menekankan berkenaan dengan Pendigitalan Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamat Melalui Integrasi dan Aplikasi Teknologi Baharu Berimpak Tinggi. Penggunan kecerdasan buatan AI, teknologi automasi dan robotik serta data raya dilihat semakin meluas dan semestinya jabatan membuat perubahan radikal untuk berasimilasi dengan teknologi kotemporari ini.Beliau turut menyerahkan Sijil kepada pemenang Pertandingan Pengiktirafan Dalaman Pembudayaan EKSA Bomba Sarawak dan Penyerahan Penerima Faedah Kebajikan kepada ahli Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba Sarawak.Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi.