










Belaga, Sarawak, 10 Mei 2025
Program Bomba Komuniti ini telah berlangsung dengan jayanya selama tiga (3) hari, bermula pada 8 hingga 10 Mei 2025 di Uma Badeng, Sg. Koyan, Belaga. Seramai hampir 150 orang peserta daripada 17 blok rumah panjang telah menyertai program ini. Antara pengisian program:
– Ceramah Kimia Kebakaran dan Punca Kebakaran
– Penubuhan Bomba Komuniti
– Asas Pertolongan Cemas
– Keselamatan aktiviti di air
– Tatacara Penyelamatan dan Pengungsian Bangunan
– Tatacara Penggunaan dan Keselamatan Elektrik
– Penggunaan APA dan demonstrasi
– Keselamatan Kebakaran Dapur
– Pengenalan, Praktikal dan Simulasi Kawad Operasi
– Penyerahan Sumbangan Alat Pemadam Api daripada BPHB kepada setiap blok rumah panjang yang terlibat.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada beberapa agensi jemputan yang berkongsi ilmu berkaitan keselamatan dan komuniti rumah panjang:
– Sarawak Energy
– Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi
– Pihak Insurans
Perasmian Penutupan Program telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, YB Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong, Timbalan Menteri Digital, Kementerian Digital Malaysia merangkap Ahli Parlimen P216 Hulu Rajang. Turut hadir bersama ialah YB Kennedy Chukpai Ugon, ADUN N66 Murum; YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak; Puan Daiana Luna Suip, VP/CFO yang mewakili Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPHB; PgKB I Ahmad Nizam bin Sapaiee, Penolong Pengarah BKK JBPM Negeri Sarawak; dan PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon 5 Bintulu.
Program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan dalam usaha meningkatkan kesedaran komuniti terhadap pencegahan kebakaran, keselamatan di rumah panjang, dan kemahiran asas menyelamat.