PERASMIAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SIBUJAYASibu, 10 April 2021
YB Datuk Hajah Zuraida binti Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya pagi ini.Dalam majlis tersebut, beliau turut menanam pokok sempena kempen 100 juta pokok di hadapan balai bomba tersebut.Hadir sama ialah YAS Dato’ Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, YS PKPjB Haji Khirudin bin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, YBhg Ir Anding Unchi, Pengurus Wilayah JKR Sarawak dan YB Steven Choong Shiau Yoon, Ahli Parlimen Tebrau.