



Kuching, 18 Julai 2025
PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah Bomba Sarawak menyempurnakan Majlis Penyerahan Kontinjen National Fire Fighter Drill Bomba Sarawak 2025 pagi ini bertempat di Bilik Seminar, Ibu Pejabat Bomba Sarawak.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berharap agar semua peserta yang terlibat mengekalkan disiplin dan berjuang dengan penuh semangat di NFD kelak. NFD akan berlangsung pada 25 hingga 30 Julai 2025 bertempat di Akademi Bomba dan Penyelamat wilayah Timur, Terengganu.
Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan Sijil Pengahragaan kepada jurulatih dan pemakaian lencana Fit Fire Fighter kepada pegawai dan anggota yang telah lulus cemerlang dalam ujian IPPT.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Operasi dan PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah Latihan merangkap Ketua Kontinjen NFD Bomba Sarawak.
UPA