Majlis Penutupan Latihan Pemantapan Organisasi Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon Miri 2024

Majlis Penutupan Latihan Pemantapan Organisasi Keselamatan Kebakaran Peringkat Zon Miri 2024

Miri, 3 Mac 2024

Majlis Penutupan tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap ADUN N . 75 Senadin bertempat di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri. Seramai 660 peserta yang terdiri daripada 66 buah pasukan berentap bagi merebut kejuaraan pada kali ini yang mana melibatkan 4 acara yang dipertandingkan. Miri Port telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan, manakala PETRONAS di tempat kedua dan Eastwood Valley Golf and Country Club di tempat ketiga. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khiruddin Drahman, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, YBhg. Tuan Ariffin Mohamad, Timbalan Residen Miri, PPjB Sofian Ahmad, Komander Pangkalan Udara Wilayah Sarawak dan PgKB I Ismaidi Hj. Ismail, Ketua Zon Miri.

English EN Malay MS
Skip to content