MAJLIS PENTAULIAHAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN SIRI 4 TAHUN 2023 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK

Sibu, 4 September 2023

YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menyempurnakan Majlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan (PBB) bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya pagi ini.

Dalam ucapannya beliau menasihatkan agar semua PBB yang baharu ini sentiasa meningkatkan kemajuan diri setelah bergelar PBB kelak.

Seramai 19 orang PBB telah ditauliahkan pada hari ini selepas selesai menjalani kursus asas di BBP Sibu Jaya.

Hadir sama ialah PgKB I Ts. Andy Alie, Ketua Zon Sibu.

KPKT Malaysia

Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia)

ms_MYMalay