Salam Sejahtera & Salam JBPM, Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra,
YS Tuan/TuanMajlis Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2021 telah diadakan di BBP Sibu Jaya pagi ini melibatkan 12 Pegawai Bomba Bantuan iaitu masing-masing 11 lelaki dan seorang pegawai wanita. Majlis telah dirasmikan oleh PgKB I Janggan anak Muling, Ketua Zon 4 Sarawak bagi mewakili YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak. Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah TPgB II Tan Min Chai, Ketua Cawangan Pengurusan Bomba Sukarela/Bantuan, Ketua-Ketua Balai dan pegawai-pegawai kanan JBPM Zon 4 Sarawak. Kursus Pentauliahan Pegawai Bomba Bantuan Siri 1/2021 ini telah dijalankan mulai 15 sehingga 25 Ogos 2021 bagi memberi latihan asas kebombaan dan penyelamatan serta aspek pengurusan kepada pelatih bagi membolehkan mereka ditauliahkan sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB). Dalam majlis ringkas tersebut, PBB Caesar Bantin anak Barau telah dianugerahkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan, sementara PBB Aziz bin Kushairi Pelatih Terbaik Praktikal dan PBB Mohd Ashraf Akmal bin Geriem, Pelatih Terbaik Teori. Pegawai Bomba Bantuan (PBB) ini akan memulakan tugas di BBP Sibu Jaya mulai 1 September 2021. Dengan adanya pengisian perjawatan PBB ini, pengoperasian Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya dapat dioptimumkan untuk perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan yang lebih berkesan di Kawasan Sibu Jaya khasnya.