

















Bau, 16 Disember 2024
Rombongan YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak disambut oleh PgKB II Jesica anak Sylvester Embuas, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak.
Antara pengisian program tersebut ialah, menyaksikan Tayangan Montaj, Ucapan Aluan oleh Komandan, Ucapan Amanat YS Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Sesi Suai Kenal bersama warga kerja, Lawatan ke Fasiliti ABPM Wilayah Sarawak dan Menanam Pokok Bushida oleh YS Pengarah.
Hadir sama ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak dan PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak.
Sekian, terima kasih.
UPA Bomba Sarawak