Kuching, 24 April 2022
YAS Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan bin Hj. Wahid, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyempurnakan Majlis Libat Urus YAS Ketua Pengarah di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak hari ini. Turut diadakan majlis berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak serta tarawih. Dalam majlis ringkas tersebut, beliau telah menyampaikan Geran Bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berjumlah RM 3,000.00 kepada 4 pasukan iaitu PBS Kampung Buntal, PBS Kampung Simpol, PBS Bako Indah dan PBS Sematan. Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada surau Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak dan surau Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Sarawak. Hadir sama ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah, PgKB II Azahar bin Dris, Komandan ABPM Wilayah Sarawak, Penolong Penolong Pengarah Negeri dan pegawai kanan jabatan.
lu9 lu8 lu7 lu6 lu5 lu4 lu3 lu2 lu10 lu1