MAJLIS BERBUKA PUASA TIMBALAN PREMIER SARAWAK BERSAMA WARGA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK – Kuching, 28 April 2022
YB Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak Tabuan Jaya. Turut hadir ialah YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah, PgKB II Azahar bin Dris, Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Sarawak dan pegawai kanan jabatan.