



Samalaju, 15 Mac 2025
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dengan kerjasama Press Metal Bintulu Sdn. Bhd. telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keakraban. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, YS PKPjB Jamri bin Masran, yang turun ke BBP Samalaju bagi memeriahkan serta menyantuni para jemputan.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Ketua Zon Bintulu, Ketua Balai BBP Samalaju, Ketua Kampung Ulu Nyalau, wakil pihak sekolah SK Ulu Nyalau, staf Press Metal Bintulu Sdn. Bhd., pegawai kanan Zon Bintulu, serta anggota BBP Samalaju. Pengisian program tersebut ialah solat Maghrib dan solat Isyak kemudian disambung dengan solat Terawih secara berjemaah serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Sekian, terima kasih.
UPA.