LAWATAN PENGARAH DAN PEGAWAI UNIT INTEGRITI AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN MALAYSIA DAN AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN NEGERI SARAWAK KE IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK

Kuching, 6 September 2023

Seramai 40 orang pegawai Unit Integriti, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia telah mengadakan Lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak hari ini.

Terdahulu, YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah menyampaikan Executive Talk kepada rombongan yang diketuai oleh YBhg KPKPj Zulkifli Abdul Manaf, Pengarah Unit Integriti AADK. Rombongan ini turut dibawa melawat pameran Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Forensik Kebakaran di ruangan lobi.

Rombongan kemudiannya telah dipertontonkan dengan demonstrasi daripada Unit Pengesan K9 dan Pasukan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) Bomba Padungan.

Hadir sama ialah YBhg Tuan Iskandar Turkee, Pengarah AADK Negeri Sarawak, PgKB I Henderi Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Sarawak, PgKB I Ahmad Nizam Sapaiee, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan JBPM Negeri Sarawak dan PgKB II Azizah Salim, Penolong Pengarah Latihan JBPM Negeri Sarawak.

ms_MYMalay