




Tatau, 20 Jun 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Bomba Sarawak mengadakan Lawatan Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Tatau hari ini
Dalam lawatan tersebut beliau turut menyampaikan amanat kepada anggota balai dan turut menandatangani Buku Pelawat Balai. Beliau turut berkesempatan menyempurnakan penanaman pokok di perkarangan balai.
Hadir sama ialah PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon Bintulu dan PBT II Herudin bin Ealhi BBP Tatau.
UPA