Sibu, 9 Jun 2022
Lawatan Kerja YBrs. Tuan Haji Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Pembangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia ke Zon 4 dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah. Beliau disambut dengan alunan muzik sampe dan kemudiannya telah menyempurnakan penanaman pokok di sekitar kawasan balai. Rombongan TKSU (P) telah disambut oleh TPgB II Abdul Mutalib Ja’afar, Ketua BBP Sungai Merah dan pegawai yang lain.