LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KE PEJABAT ZON 4 DAN BBP SUNGAI MERAH

Sibu, 8 Disember 2024

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Pejabat Zon 4 JBPM Negeri Sarawak dan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah.

Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgKB I Ts. Andy anak Alie, Ketua Zon 4 JBPM Negeri Sarawak dan TPgB II Abdul Mutalif bin Ja’far, Ketua Balai BBP Sungei Merah bersama pegawai-pegawai bertugas.

Seterusnya, YS Pengarah menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat Pejabat Zon 4 dan BBP Sungai Merah.

ms_MYMalay