LAWATAN KERJA RASMI YS PENGARAH JBPM NEGERI SARAWAK KE PEJABAT ZON 3 SRI AMAN DAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SRI AMAN

Sri Aman, 10 Disember 2024

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyantuni Pegawai- pegawai yang bertugas di Pejabat Zon 3 (Sri Aman) JBPM Negeri Sarawak dan Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman.

Ketibaan YS Pengarah disambut oleh PgB Muhammad Rais Adham bin Rosalan, Ketua Zon 3 JBPM Negeri Sarawak, PPgB Andrew a/l Vengitasamy, Ketua Balai BBP Sri Aman, PPgB Putra bin Ila, Ketua Balai BBP Saratok dan bersama pegawai-pegawai bertugas.

Seterusnya, YS Pengarah melawat kawasan Pejabat Zon 3 dan balai sambil memeriksa keadaan fizikal kenderaan. Beliau seterusnya menerima taklimat mengenai statistik dan maklumat Pejabat Zon 3 dan BBP Sri Aman.

UPA Bomba Sarawak

ms_MYMalay