BBP Sarikei
08 Mei 2024@ Rabu.
0830 pagi – 1200 tghri
Latihan Skuad Bomba Tahfiz Madrasah Al Quran Wal Lughatul Arabiah (MAQWA) Sarikei
Penganjuran Latihan ahli SKUAD BOMBA TAHFIZ ( MAQWA) Sarikei dengan kerjasama Madrasah Al-Quran Wal Lughatul Arabiah (MAQWA) Sarikei telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.
Seramai 13 Pelajar Tahfiz *(MAQWA) yang telah menjadi ahli Skuad Bomba Tahfiz yang pertama di Daerah Sarikei. Latihan telah diadakan 2 kaedah iaitu secara teori dan amali kepada peserta yang terlibat. Latihan telah dikendali oleh anggota BBP Sarikei dan diketuai oleh Ketua Balai.
Objektif latihan adalah bertujuan amalan membudayakan keselamatan dalam budaya pencegahan dan keselamatan kebakaran dalam kalangan pelajar- pelajar serta boleh bertindak sebagai “First Responder” yang dapat mengawal kebakaran pada peringkat awal dalam institusi mereka.
Pengisian aktviti telah diadakan Pengenalan Kebakaran, Teknik Menyelamat, Tatacara Penggunaan Media Pemadaman A.P.A , Tindakan Mengendali Kebakaran melibatkan dapur memasak dan simulasi pemadaman dan penyelamatan dilakukan oleh peserta terlibat.
Aktiviti turut dihadiri oleh Pengusaha (MAQWA) Mudir Ustaz Mohamad Ghazali Khan bin Merzuki.
Diakhir sesi telah diadakan Majlis ringkas Penanguhan Latihan Skuad Bomba Tahfiz (MAQWA). Sarikei. Aktiviti berjalan dengan jayanya dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.