







TARIKH: 12 Disember 2024 (Khamis)
TEMPAT: Surau Al-Hamra, Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya
Majlis Khatam Al-Quran peringkat Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya
Tarikh: 12 Disember 2024( Khamis)
Masa: 0830 hrs hingga 1030 hrs bertempat di Surau Al-Hamra, Petra Jaya.
Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran:
Yang Setia PKPjB Tuan Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak.
PgKB I Henderi Ardimanshah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Negeri Sarawak
PgKB II Wan Abdul Mubin bin Wan Abdullah Wakil Ketua Zon 1, Sarawak Dan PPgB Mohd Fazly bin Ibrahim, Ketua Biro Agama JBPM Negeri Sarawak.
Selain itu, majlis turut dihadiri Ketua Kaum Kampung Temenggong Hj Gobel, Pengerusi serta Ahli Nur Ukuwah Islamiah (NUI) pegawai-pegawai kanan, anggota bomba, serta qariah Surau Al-Hamra.
Sebanyak 16 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai dan anggota telah menyertai majlis Khatam Al-Quran tersebut, dan persembahan Zikir Marhaban dari Kumpulan Zikir Surau Al-Hamra menjadikan acara ini sebagai satu manifestasi komitmen pihak Balai Bomba Petra Jaya dalam memperkasakan aktiviti keagamaan di kalangan anggota dan masyarakat setempat.
Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat ukhuwah Islamiah serta meningkatkan hubungan silaturahim antara semua yang hadir.
Kesimpulan
Majlis Khatam Al-Quran ini telah berjalan lancar dengan kerjasama dan sokongan semua pihak yang terlibat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan nilai-nilai murni terus subur di kalangan anggota dan komuniti.
Sekian, terima kasih
Ketua Balai
BBP Petra Jaya.