KUNJUNGAN HORMAT SEDC NUTRECO SDN. BHD

19 Disember 2024

PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat JBPM Negeri Sarawak menerima kunjungan hormat daripada SEDC Nutreco di Bilik Mesyuarat Murai sebentar tadi.

Rombongan yang diketuai oleh Ts Herman Hadafi bin Mohamad, Chief Executive Officer bersama rombongan hadir bagi membincangkan isu perundangan dan aspek keselamatan bangunan dibawah selian SEDC Nutreco.

Hadir bersama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran dan PPgB Azileh bin Yuam, Cawangan Perakuan Bangunan Bahagian Keselamatan Kebakaran.

UPA Bomba Sarawak

ms_MYMalay