







Kuching, 8 Mei 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM, Penglima Wilayah Udara 2 di Pangklan Udara Kuching pagi ini.
Disamping saling berkongsi pendapat, YS Pengarah juga membincangkan kerjasama yang akan dijalankan pada masa akan datang. Turut dibincangkan adalah berkenaan operasi yang melibatkan kedua-dua pihak terutama sekali dalam pengurusan bencana.
Hadir sama ialah Kol Yusrizal bin Zain TUDM, Komander Pangkalan Udara Kuching, PPjB Sofian bin Ahmed @ Ibrahim, Komander Pangkalan Udara Wilayah Sarawak pegawai-pegawai kanan jabatan.
Pangkalan Udara Wilayah Sarawak JBPM
UPA Bomba Sarawak